Tuesday 12 June 2012

CERITA TELADAN


 HIMPUNAN CERITA-CERITA NASIHAT DAN TELADAN

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

BAJU ANAK KHALIFAH

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar b. Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."

Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi : "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?. Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?. Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?."

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah engkau wahai anakku kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."

KISAH NABI NUH MERAUNG TIDAK HENTI-HENTI

Nama asal Nabi Nuh a.s. bukanlah Nuh, tetapi suatu nama lain yang tidak banyak di ketahui, meskipun Allah s.w.t. menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu di panggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa yang lain. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh a.s. sendiri pada zaman itu.

Nabi Nuh pun menyuruh anjing itu berhenti di depannya lalu bertanya : "Wahai anjing, aku lihat muka kau ni begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?. Anjing itu pun menjawab : "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?. Tanyalah tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau."

Nabi Nuh a.s pun meraung mendengarkan jawapan anjing hodoh itu, ia menagis tidak henti-henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan. dia memohon keampunan dari Allah s.w.t. diatas pertanyaanya yang tidak sengaja.

Sejak itu namanya pun di panggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh di abadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

LELAKI YANG FAHAM BAHASA HAIWAN

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila ia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya,

Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian

Beberapa hari kemudian, dengan menggunakannya ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya.

Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain. Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya untuk membantu menguruskan kehidupannya seharian.

Suatu hari lelaki itu terdengar pula ayam jantan berkata kepada anjing bahawa dia iaitu tuan mereka pula akan mati. Dalam ketakutan, lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat. Kata Musa : "Sekarang tuan boleh lah pula menjual diri tuan ."

Fahamilah ajaran cerita ini bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu mengurus diri kita sendiri".

Sunday 29 April 2012

Soalan Simpulan Bahasa


Latihan 3


Lengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang betul.

11.     Setiap kali ke luar negara, ayah pasti membawa ………………Untuk kami.













2. Walaupun dia dianggap ………………………..  namun dia rajin bekerja.











    

3.   3.     Abang selalu termenung ? Berangkali teringat  akan ……………………….. ?











4.    4.    Walaupun Kumar handal berlari, tetapi dia  ………………………..










                         


5. Wahid ……………………. . Walaupun kerap dimarahi oleh Cik gu Rahmah, dia tetap mengulangi kesalahan yang sama.







  







                


6 6.    Maniam gemar membaca buku , kawannya menggelar dirinya …………………..









                

7 7.  Ah Cong kerap balik dalam keadaan mabuk  kerana dia  seorang …………………









       
      
88.     Jangan jadi ……………………… kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagian.












    9.  Adik tidak suka  ber …………………………..  semasa bermain bola  di halaman rumah.   










Mutiara kkta dari Tokoh-tokoh Ternama dunia.

1. Ketika anda melakukan sesuatu dan gagal,maka kegagalan itu bukan saja akan membuahkan kejayaan tetapi yang pasti kegagalan itu lebih berguna dibandingkan anda tidak melakaukan apa-apa pun 
 - George B. Shaw


2. Musuh yang paling utama di dunia adalah ketakutan dan kebimbingan. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.
- Andrew Jackson


3.  perjalanan seribu batu bermula dari  satu langkah.
     - Lao Tze

MUTIARA KATA

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI MUTIARA KATA INI.


1. Orang yang tidak  pernah gagal ialah orang yang tidak pernah berusaha.


2. Orang yang paling bodoh ialah selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.


3. Padi yang berisi  akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa rendah diri


4. Sahabat yang baik ialah sahabat yang boleh menegur kesalahan kita.


5. bersikap diam kerana tahu lebih baik daripada bersikap diam kerana tidak tahu apa-apa.


6. cerek yang kecil adalah lebih  mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa panas.


7. Ingatlah , sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


8. Insan ynag berilmu selalu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menggangap dirinya orang yang sangat pandai.

Wednesday 18 April 2012

CARA MENULIS NILAI MURNI / PENGAJARAN



1. Hormat-menghormati

    Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa / guru / orang yang lebih tua.


2. Tolong-menolong / bantu-membantu

    Kita perlu membantu ibu bapa meringankan beban rnereka

    Kita perlu membantu murid-murid / adik yang lemah dalam pelaiaran.

    Kita perlu membantu orang yang menghadapi kesusahan/ bermasalah.


3. Bertanggungjawab

    Kita mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita.
    Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

    Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang bertanggungjawab.


4. Menjaga kebersihan

    Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah / sekolah / tempat tinggal / diri sendiri


5. Menjaga kesihatan

    Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat


6. Mendengar nasihat

    Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa / orang lain.


7. Hemah tinggi

    Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang.

    Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan.

    Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah.


8. Kasih sayang

    Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain.

    Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.


9. Baik hati

    Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.

    Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain.

    Kita mesti bermurah hati memberi bantuan kepada orang lain.

    Kita mesti saling faham-memahami antara satu dengan yang lain.

    Kita sanggup meminta dan memberi maaf kepada orang lain.


10. Keadilan

    Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu perkara.


11. Bersopan santun

    Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu bapa / rakan/ orang yang lebih tua.


12. Menghargai masa

    Kita mesti menghargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


13. Berjimat-cermat

    Kita perlu berjimat-cermat dengan wang / bekalan air / bekalan elektrik.


14. Rajin

    Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan cemerlang.


15. Jujur

    Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu dengan tidak bercakap bohong.


16. Berhati-hati

    Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di jalan raya / semasa bekerja.


17. Kesyukuran

    Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman.

    Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita.


18. Bertolak ansur

    Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan yang lain.


19. Berterima kasih

    Kita perlu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.


20. Kejiranan

    Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran tetangga.


21. Kesederhanaan

    Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap masa.


22. Berdisiplin

    Kita mesti berdisiplin pada setiap masa.


23. Cinta akan negara

    Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur kerana negara kita aman damai.


24. Berani

    Kita perlu bersikap berani menghadapi cabaran / masalah.


25. Mematuhi peraturan

    Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap masa.


26. Bekerjasama

    Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja.


27. Berdikari

    Kita mesti berdikari dan sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain